Home

Wednesday, January 12, 2011

Pesawat Air Asia Terbabas di Kuching.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini.

Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.


Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

MAB berkata dalam kejadianjam 10.02 malam semalam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.


Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di Kuala Lumpur.

notakaki : apa yg mgecewakan para petugas AIR ASIA tidak cekap dalam menangani kes tersebut dimana penumpang dibiarkan lari bertempiaran tanpa arah tanpa mereka datang menenangkan keadaan...

4 comments:

noa said...

uisyhhh

ni yg tetiba nk fobia nih

nas said...

tau xpe..plan ke sabah bln3 ni rasa mcm 50-50 dah ni..huhu

A.s.t.i.n.a said...

uwaaaaaa!! saya nk balik kuching raya cina nehhhhhh....

nas said...

xyah balik naik belon tapi naik kapal..hehe MAS kan ada...selamat n cekap.. :)