Home

Wednesday, January 12, 2011

Kesunyian...

suasana senja di taman sebelah wad ku

 Salam semua..

Hari makin hari aku rasa sepi n tertekan...
tambah dgn masalah hari ni..
aku dah x tahu nk luah pada siapa...
makin aku pendam makin memuncak 
kepanasan di dalam diri aku...

hidup aku ni mmg pelik,jika org tak tahu pasti
org mengatakan aku hanya mbuat cerita...
setiap hari setiap masa dugaan dtg dlm hidup aku...
aku sendiri x tahu SIAL atau BADI apa yg
ada dlm hidupku...segalanya bmula dari aku lahir...
aku ini hy dilahirkan di dunia tapi x dibesarkan
oleh org melahirkan..aku x kenal ibu sebenarku...
aku x tahu bagaimana wajahnya,bagaimana suaranya...
yg aku tahu hingga kini mak aku tulah ibu aku..
dia yg mbesarkan aku hingga dia mhembus nafas akhir beliau
2 tahun yg lepas...Dia mmg seorg mak yg baik...
tapi khidupan yg rumit aku tak berakhir disitu

 aku pun semakin membesar,dan ketika berumur 6tahun
bmulalah psekolahan aku..
jika melihat dari wajahku mmg benar aku
memiliki wajah ala2 kacukan kerna ibu yg aku tidak kenali tu
berdarah kacukan arab dan ayahku mmg bdarah arab n mami
tapi bila aku bersuara pasti yg mdengar kali
pertama akan tkejut kerna aku memiliki 
suara seakan perempuan n jika siapa x melihat wajah ku 
pasti terpedaya...dan dsebabkan kelemahan aku ni
aku mula dihina n sering kali diganggu rakan2 
sekelas..hinggalah aku habis form 5..mmg
dugaan sepanjang sekolah mmg myakitkan
ramai ketawa n mpermainkan aku tapi aku 
kuatkan semangat ku utk mhadapi khidupan yg telah ALLAH 
takdirkan buatku...Aku dulunya agak kurang 
rapat dgn ayahku serta dgn seorg adik ku
adikku mmg x berapa suka dgn kehadiran aku 
dlm family ku n mmg payah utk korang mdengar
beliau mengaku bahawa aku abgnya...
Dan dsebabkan byk sgt dugaan hidup aku
belajar utk bdikari, aku seorg yg bjiwa seni n halus...
aku suka melukis,bagi ku lukisan tu dapat mluahkan 
segala kesakitan n kedukaan hidup ku...
Bermula umur 16tahun aku mula mgambil upah
melukis...aku selalu mdapat upah mbuat lukisan mural
di tadika2 serta kedai2 n rumah so dari situ aku
dah mula mdapat pdapatan bulanan sendiri...

Dsebabkan aku mpunyai kelemahan 
aku ni adalah manusia yg kurang mpunyai kwn2..
aku kdgkala takut utk bkwn kerna kelemahan ku..
tapi pada umur 16 tahun juga aku
mula mgenali seorg gadis,dari kwn kami mjadi sahabat n dari sahabat
kami mjadi teman yg mesra hingga pada tahun 1998 kami
mula rapat hingga aku mgambil kptsn utk 
btunang dgn beliau kerna syg ku pada dia..
pada tahun yg sama juga aku meneruskan pgajian ku di
IPT..sekali lagi aku diduga disini ketika aku
sedang enak mgecapi hidup remaja pada suatu hari aku
telah jatuh sakit n dmasukan ke HUKM,
dan setelah bminggu di beri rawatan aku
telah disahkan mgalami sakit yg mcetus kebimbangan...
tapi aku pendam masalah tsebut n biar ia blalu...
Pada tahun 2001 aku tamat pgajian dan balik ke kg..
disana aku memulakan hidup ku dgn menjadi 
model sambilan serta belajar dunia perniagaan..
Dan pada masa yg sama aku byk mhabiskan khidupan aku bsama
wanita yg bgelar tunangan aku...segala kemahuannya
aku turuti kerna tlalu syg hingga lah tahun 2004 hubungan tsebut
mula rengang..si dia mula bmain dgn jiwa n maruahku...
dan akhirnya kami bpisah...dan ia amat myakitkan...
kebahagian yg aku cari skali lagi hancur...Dan pada
masa yg sama aku mderita dgn sakit aku tapi
aku ttp kuatkan smgtku..Tapi dalam hidupku
kini dugaanku makin kuat hingga aku sendiri x mampu utk hadapinya
lagi..pada tahun 2007 aku mula mgenali seorg gadis yg benar2
mencuri hatiku n beliau boleh dikatakan cinta sejatiku...
Beliau sememangnya jujur n setia padaku hingga 
kini..aku mgenali beliau dilaman sosial FRIENDSTER..
Disitulah semuanya bmula...aku sdiri x tahu bagaimana
kami boleh btemu disana n yg pasti aku
dan dia sllu bhubung melalui FS...pbualan pertama 
kami ttg kereta..lama kelamaan kami mula bhubung melalui
YM..disana aku mula myukai beliau kerna 
lawak jenaka beliau n kjujuran beliau dalam
bkawan n mbantuku dikala susah..

Dan akhirnya kami mula mgenali satu sama 
lain n akhirnya kami mula merasa satu perasaan yg 
tak pernah aku rasa sblm ni...dan akhirnya kami sah
mjadi pasangan kekasih...n selama 1tahun megenali 
di laman sosial akhirnya aku dan dia btemu buat pertama 
kalinya..Dan aku mgaku bahawa beliau mmg cantik
pertama kali melihat wajah beliau buat aku tkaku
n takut..tapi beliau mmg baik n benar2 dapat menerima kelemahanku..
Tapi seperti yg aku katakan,hidupku penuh dgn dugaan..
Dalam hubungan ku bsama beliau mmg benar2
mcabar n diduga dgn pelbagai dugaan...
Dikala dia bsedia mjadi milikku yg sah ,
aku pulak takut utk mhadapinya...
bila ingin btemu bbagai masalah pasti timbul
dan aku x dpt mgelaknya dan pada masa 
yg sama aku juga telah
disahkan mhidap sakit kanser yg kronik...
Dan sekali lagi aku dduga ....

aku takut utk mhancurkan masa depan beliau
aku takut aku x mampu mbahagikan beliau..
bmacam2 aku fikirkan...Dia tlalu baik utk menerima 
pderitaan ku ini...Dan selama 4Tahun kami bsama
x pernah aku bahagiakan beliau..
Selama 4tahun juga hanya 3kali baru kami btemu 
n sesungguhnya beliau mmg baik n setia padaku hingga kini..

Kini hbgn ni makin jauh dsebabkan sikap aku sendiri...
beliau kini mjauh kerna aku juga...
Mana ada wanita sbaik dia lagi didunia ni..
selama 4tahun dia menunggu aku n sggp
hadapi pderitaan aku bsama2..
Tapi apa yg aku buat..?aku biar dia menunggu
dan terus menunggu...ALASAN ku 
pada beliau takut n x nk beliau mderita...
Dan kini aku dah pun lumpuh sbelah badan 
n sakit kanser aku dah pun smpi peringkat akhir..
Aku syg dia sgt,syg lebih dari nyawa ku sendiri..
Mmg payah utk aku lepaskan beliau kerna tlalu
mcintai beliau tapi pada masa yg sama aku myiksa
jiwa n perasaan dia..MMG AKU YG BSALAH 
sepatutnya dari awal lagi aku harus sedar bahawa
aku x harus mbawa beliau bsama dlm duniaku
duniaku penuh dgn pderitaan dan kesakitan...
Kini beliau mula mjauh kerna sedar akan hbgn 
kami yg x tahu dimana phujungnya...pada masa yg sama
aku mrindui beliau...

AKU DAH BUNTU,AKU DAH X TAHU NK
BUAT APA2 KEPUTUSAN....aku mmg layak utk
dihina n dipersalahkan...Now aku makin ttekan
dgn keadaan sekeliling...Kesunyian benar2 
myelubungi fikiran n hatiku....

ksunyian aku kini bteman suasana muram diwad..

4 comments:

A.s.t.i.n.a said...

En Nas.. Sabarlah..
Allah takkan menguji di luar kemampuan hambaNya ..
Saya doakan yang terbaik untuk En Nas..

hamzah ian said...

rilek2.. ada hikmah nya

Woofer Storm said...

nak ngis baca entry ni,nmun beliau dah takde.. teringin nak kenal beliau ni siapa..

zairababayan said...

ATXEON TACOS' TRIXTRA TIPS FORD Escape Titanium 2021
ATXEON TACOS' TRIXTRA TIPS FORD Escape titanium white dominus price Titanium rocket league titanium white 2021. The latest update is titanium properties also in here. T-TACO'S TRIXTRA TIPS apple watch titanium FORD Escape titanium quartz meaning