Home

Monday, January 3, 2011

Tiramisu Slot Akasia..


Salam..
Now aku tgk cite Tiramisu,agar
kurangkan sikit tekanan perasaan aku ni..
Cite ni mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat
di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre).
Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh 
ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah
tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana 
abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh 
pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. 
Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan 
Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, 
Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, 
dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, 
mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, 
mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai 
Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk
membina empayar di Malaysia.
Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana
Melur telah berpindah.
Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman
persekolahan masih terpikat
dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan
jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak
pernah bertembung muka. 
Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang
budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). 

Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin.
Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas 
kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.
Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya,
Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang
tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk 
memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur.
Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.
Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?

So teruskan menonton cite ni...Setakat 
yg aku tgk best..

2 comments:

A.S.T.I.N.A said...

Uik.. sejak bilakah En Nas jadi pensinopsis cerita?

nas said...

mrs.A.S.T.I.N.A semenjak hati ini rasa tsiksa n rindu..