Home

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Jom cuba KETAM MASAK LEMAK CILI PADI...


Salam semua,

Hari ni aku nk bagi resepi
utk memasak KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
nanti korang cubalah yer..

Bahan-bahan:
ketam
santan 
beberapa keping nenas yg telah dipotong
daun kunyit (klu xde xpe)
asam keping
1 batang serai diketuk
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar: 
bawang merah
bawang putih
kunyit hidup
halia
cili padi


cara2nya: 
tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi
kemudian masukkan serai dan kacaukan sehingga naik bau
selepas itu masukkan hirisan nenas, asam keping dan kacaukan rata
jika ingin menampakan kekuningan boleh tambah serbuk kunyit
masukkan pula santan dan biarkan sehingga mendidih
pastikan kuah sentiasa dikacau selalu agar santan x pecah
masukkan garam dan gula secukup rasa serta hirisan daun kunyit
apabila mendidih masukkan ketam dan kacaukan sebentar
setelah masak boleh la hidang utk dimakan.

nota kaki : mesti korang heran nape blh ada pic makanan yg aku masak sedangkan 
aku kat wad..sbnrnya aku ni suka ambil pic masakan aku
so bila ada kelapangan aku akan masukan dlm blog :)
Scheduled 10.40 pm

Laksa Sarawak D LAKSA SHACK.

 Salam

Hari ni aku akan nk cite tempat 
makan yg aku gi makan tempohari di Laksa Shack..


 Sebenarnya firstime aku makan kat laksa shack tu..
pilihan menu yg aku buat adalah LAKSA SET
  • Laksa Sarawak
  • Otak-Otak
  • Air Bandung Cincau

Inilah Laksa Sarawak tersebut...
mula2 aku rasa mcm pelik coz nmpk ada udang 
ayam n laksa dia pun lain...
Tapi sekali aku cuba fuhhh mmg terangkat habis..
mmg sedap LAKSA SARAWAK... 
bserta OTAK2..


bserta air bandung cincau lak mmg sedap...
pas ni aku nk belajar buat laksa sarawak..
betul la org tua2 cakap x kenal maka x cinta... :)

scheduled 7.30pm

Wednesday, January 12, 2011

Kari Kepala Ikan...!


Salam

Ok hari ni aku nk bagi resepi
masak kari ikan or kepala ikan...
pada sesiapa yg akan bkahwin org utara
belajaq2 la masak kari nooo..sure mak mertua sayang..

Bahan-bahan 
 2 kepala ikan berserta isinya 4ketul
8 biji kacang bendi
2 biji cili potong dua
2 biji tomato
4 sudu besar rempah kari ikan
sedikit halba campur
daun kari
daun asam pedas
1/2 cawan santan 
4 biji bwg merah n 1 ulas bwg putih (tumbuk sehingga halus)
2 biji bwg merah n 1 ulas bwg ptih (potong nipis untuk di tumis)
air
garam 
Cara-cara 
1. mula2 letakkan rempah/serbuk kari dlm 1 mangkuk campur bersama santan cair air perahan asam jawa
2. tumbuk bwg merah n bwg putih gaulkan bersama2 rempah tadi
3. panaskan minyak tumis halba campur bersama2 bwg merah setelah kekuningn mskkan daun kari
4. masukkan bancuhan rempah kari tadi (bersama tomato n daun asam pedas btujuan bagi hilang hanyir n rasa masam sedikit) ...tutup periuk n kecilkan api
5. masak sehingga pecah minyak kemudian mskkan sedikit air dan santan pekat (klu x nk masukan santan sure rempah lebih) aku suka xde santan.. :)
6. setelah mengggelegak mskkan kepala ikan,kacang bendi,cili ,tomato,n garam secukup rasa 
so dah siap utk makan.. :)

Monday, January 10, 2011

Jom kita pi makan CHAR KOAY TEOW...

 Salam

Kali ni aku malas nk
bebel panjang2 coz rasa kurang sihat 
sgt, hari ni seharian sgt bz wlpun aku
berada di hospital..

Dsbbkan hari ni last sblm esok yg bakal tiba
aku tpaksa buat mcm2 pemeriksaan..
pagi2 lagi doktor ambil darahle,bawa gi scan la, x-ray la
gi buat echo la n pendek kata 
mmg sgt penat...

Tapi dlm kepenatan tu tiba2 aku rasa 
lapar nk makan char kay teow
buka lak phone, tiba2 ada lagi pic 
char koay teow yg aku mkn di sg.dua penang...

fuhh sedapnya..bila le dpt gi mkn lagi...
huhuhuhu

Tuesday, January 4, 2011

Jom Buat Kuih Keria..


Salam Semua..

Hari ni aku nk bagi resepi Kuih Keria.
Aku suka kuih ni n suka buat sebab bagi aku
kuih ni sgt simple n senang nk buat..
so kat sini aku bg resepi n 
korang try buat la ek..senang je..
cuma aku x reti buat gula dia je so just blend je... :)


Bahan2
Ubi keledek , tepung gandum ,Sedikit garam  dan gula.
Cara membuatnya :-
Rebus ubi keledek hingga empuk.
Lepas tu toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
Pas 2 biarkan ubi betul2 sejuk, Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum
dan uli hingga sebati.
Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
Setelah siap digoreng, Blender gula bagi hancur.
Lepas tu gaulkan kuih yg telah digoreng tadi dgn gula tsebut..
Lepas tu jom kita makan.

Sunday, December 26, 2010

Aiskrim oreo buatan sendiri... :) try le..!m


Tadaaaa...!! Try le

Salam semua..

Ok korang ada rasa mcm nk mkn aiskrim tak?
apa kata korang cuba buat sendiri..
resepi aku sgt mudah n korang sure leh buat..
resepi ni adik aku minta kat kakak tmpt dia keje
n dia balik suruh aku buat
n mmg jadi...so korang try la..!


Bahan2 :
2 biji telur,10 sudu besar gula
  1 1/2 tin susu cair, 40gram overlet
1 sudu kecil vanila esen, serta Oreo yg dikisar..

Caranya :
Putar dulu gula dan telur hingga sebati, lalu masukan susu bersama
overlet serta vanila esen.
Putar bahan2 tersebut selama 40minit agar
ia betul2 gebu dan kembang.
dan akhir sekali masukan oreo yg dikisar dan kacau.Akhir sekali
tuang ke dalam bekas/ kontena plastik dan simpan dalam freezer 1 malam..
So pas2 korang boleh makan..simple kan?!
Renung2 kan dan selamat mcuba... :)

p/s : if korang nk perasa lain korang boleh 
tambah perisa.. :)

Saturday, December 25, 2010

Ketam masak CILI..!



Salam semua
Hari ni aku nk kongsi 
resepi ketam masak cili..
Baru2 ni aku masak coz adik beradik semua
balik bkumpul..aku mmg suka masak
coz arwah byk mgajar aku..
Mak tq,setiap ajaran mak mmg bguna...
abg syg mak... :)

ok now aku bg resepi mr.crap ek..hehe

Bahan:
1kg ketam bunga ,serbuk kunyit, garam ,minyak untuk goreng
Bahan A:
cili kering, bawang besar ,bawang putih ,1cm halia ,1tangkai serai
Bahan B:
sos tiram , sos cili, sos tomato garam n gula secukup rasa
Cara :
 gaulkan ketam dgn kunyit & garam.Goreng kan ketam.Dgn mengunakan minyak yg sama(minyak mengoreng ketam).
tumis bahan A hinga naik wangi. Masukan bhn B.Tumis hingga pecah minyak.Masukan ketam yg digoreng.kacau rata.


So Renung2kan n selamat mencuba resepi mr carb masak cili ni yer..!

Friday, December 24, 2010

Sambal Sotong n Ikan Pari


 Salam 

Semalam sebelum masuk wad
aku sempat masak tghari..
masak biasa2 je
tapi oklah utk diri sdiri... :)




renung2kan n slmt memasak ek.. :)

Old Town Lagi..


 Salam,

Hari selasa baru2 ni adik
aku balik umah lagi..biasa la
dh nk dekat tarikh tunang so kena la kerap 
balik nk bincang itu ini..

ni makanan aku satu ni je.. :) bgs kan

 So baru2 ni pbincangan
di buat dirumah umah mak saudara ku
coz mereka suami isteri
akan jadi ketua rombongan utk kesana
hope segalanya bjalan lancar nanti...
so lepas gi umah mak saudara aku
kami pun gi oldtown
coz dh lapar tahap dewa...
smpi je sana terus buat order...
agak mgejutkan sbb kuat giler adik aku gan tunang dia 
makan..huhu :p

First diorg dh ambil mee kari n samosa..
2nd round diorg blh lak makan roti bakar,kentang goreng n laksa..
mmg perut tong..haha

Ini makan diorg yg first.. :)